Diriku sekarang seperti bebas from belenggu badan penat, otot2 sakit dan feel sick anytime. Coz since 11/06/08 aku telah berhijrah drp dunia MOP, HOOVER, BIN, BUF M/C, DUST & PAN..... Now I'm working on manufacturing industry call FABRICATION. This company producing Shovel, Tank, Bucket for tractor CAT, JCB, TEREX...that our main customer.

Located at Openshaw, Manchester.
Position: Quality Engineer
Alhamdullilah, setelah susah payah belajar erti kehidupan di negara orang. Aku mendaftarkan diri dlm online job seeking, jenguk paper Advertiser, baca paper MEN setiap Khamis... mencari peluang yang sinonim dgn ku.. tup-tup Interview yg kali ini aku berjaya. Ditapis sebanyak 3 kali, maklumlah aku ajer yang berbangsa Asia & ISLAM agamaku. Tapi aku tepis segala dombaan yang dtg utk mencari sesuap nasi dan menjalani kehidupan yang mendatang di bumi orang.
Ok, nak citer lagi. Bulan lepas ...Ibu Mertuaku menziarahi anak2nyer di UK. Satu di Nottingham n satu lagi bersama dgnku...wife akulah.. Before that, already plan for holiday in PARIS.... going to Disneyland. Not going alone but with my friendly neighbourhood... Bro Mail. Orait this is the story start on 6 June until 9 June 2008. Enjoy it!!!
Day 1 – 6th June 2008
Bertolak menaiki kereta dari Cheetham Hill, Manchester 12.30midnight 6th June 2008. Konvoi dgn Kak Balkis n family (2 honda shuttle departure to Dover). Dlm perjalanan ke Dover berhenti 2x utk solat Subuh n singgah beli Coffee at COSTA (mengantuk). Sampai Dover lebih kurang jam 7.30pg. Isi minyak penuh sebelum naik Feri utk ke CALAIS, France menyeberangi lautan selama 1jam 30min utk sampai ke sempadan FRANCE.
Feri bergerak dr Dover ke Calais jam 8.25pg dan sampai pd jam 10.00pg. Oleh kerana dh masuk FRANCE maka jam ditambah 1jam kpd pukul 11.00pg waktu tempatan. Perjalanan diteruskan lg utk sampai ke KeyCamp Caravan (tempat menginap) selama 4hr 3mlm berada di FRANCE. Jam 3.15ptg akhirnya selamat sampai di KeyCamp. Letak semua barang2 dlm caravan, siapkan diri solat zohor n asar, siap2 makan dan tunggu adik bongsu (Atip n wife) utk join for next journey. Atip dah mai dulu semalam naik aeroplane berdua with his wife. So mak n adik ipar atip naik kete dgn kami. Jam 5.30ptg kami semua ready to go utk melawat 1st destination.. tara ..!!!! Eiffel Tower PARIS here we come. Angin petang begitu kuat menghembus, kedinginan memeluk tubuh. Sibuk amik gambar sekitar Eiffel dan juga semua tempat2 menarik di sekitar Eiffel antaranya, tepi sungai n bgn Parlimen.
Niat dihati nak tunggu sampai malam menjengah, tapi apakan daya semuanya udah letih banget coz sedari mlm td blum tdo especially para driver. Sbb malam masuk lambat Jam 9.45pm baru malam melabuhkan tirai, so time kami balik jam 9.15pm tu masih belum gelap lagi so lampu kat Eiffel tower masih belum dibuka. So tak dapatlah nak tgk, anyway kami plan nak singgah esok mlm pas balik dr Disneyland PARIS, sinnggah jap on the way balik KeyCamp.
Day 2 – 7th June 2008
Mlm tadi sebenarnya dah pelan dgn Kak Balkis pg ni nak bertolak awal ke Disneyland coz nak parking kete area depan coz hari ni hari Sabtu so mesti ramai yg dtg awal. Tapi perancangan tu tak menjadi coz kitorang terbangun lambat, Kak Balkis je bgn awal, jd dia terpaksa tunggu kami bersiap. Dlm jam 10pg baru kami bertolak ke Disneyland sedangkan Disney dah open jam 10pg. Dahlah bertolak lambat, pastu tersesat plak tu ikut jalan jauh, plak tu tertinggal pampers FARAH siap terpaksa singgah super market beli pampers, nak patah balik ke Keycamp jauh dah suku perjalanan. Walaubagimanapun akhirnya Alhamdulillah kami selamat sampai ke Disneyland PARIS jam 11.20pg. WOW! Teruja sangat2, dahlah 1st time dtg FRANCE, datang2 dapat peluang pulak masuk Disneyland PARIS (ada rezeki lebih sikit, hasil bersusah payah simpan duit dgn tak sengaja). Besh betul dapat masuk Disney, berkoyan2 kami take pictures tau! Rasanye setiap kali melangkah rasa cam nak klik (amik gambarI. Masuk Disney ni jgn memain2. £75 sorang tau, sib baik kami booking ticket in group min 12org, kami 13org so dapatlah rate group £62 (banyak beza tu, dapat jimat duit) kami amik tiket utk 2 park/2 day hooper. Yelah ramai kengkawan dh nasihat kami kalau amik tiket utk masuk sehari je tak sempat nak cover studio n park. So kami pun beli utk entry for 2 day (2 day HOOPER). Hari pertama kami round Disney Studio, Hari kedua round Disney PARK.
Besh gilest masuk Disney Studio tu macam2 jenis studio lah kami masuk, macam2 benda yg kami tonton, tapi yang paling besh tahap DEWA ialah studio utk aksi ‘stunt’, memang real lah adegan kejar-mengejar kete, kete terbalik, letupan, tembak-menembak, motor, org terbakar dan seumpamanya. Penat sesangat rasa tapak kaki kami, dah tak terdaya nak berjalan rasanya. Tapi disebabkan rasa excited nak explore mcm2 benda kat dlm tu, rasa penat tu kami pinggirkan aje. Aktiviti penutup utk Disney Studio petang tu kami naik ‘Crush Coaster’ – roller coaster dlm studio ala2 kembara dlm laut bersama turtles. Mmg gelap, menakutkan and very d thrill lah. Tapi punye lah panjang beratur dekat sejam nak masuk situ. Disneyland PARIS ni penuh dg org2 PARIS je, pelancong2 lain tak byk kami jumpa adalah 1% dari ramai2 org yg ada kat Disneyland hari tu. Lelain tu semua penuh dgn org FRANCE je. Nyibuk betul lah diorg ni kan, bagi chance lah kat kami ni-para pelancong (tapi kalau tade diorg tak meriahlah pulak kan).Planningnye petang tu lepas Disney tutup jam 9pm kami ingat nk bergerak ke Eiffel tower utk tgk pemandangan di waktu mlm, tapi timbal balik piker punye piker, cancel coz semua dh buat muka penat tahap cipan. Oleh sbb itu kami pun terus je balik Keycamp , masak nasi n lauk, makan2 pastu solat pastu straight go to bed, coz esok dh janji dgn Kak Balkis nak bertolak awal sblm 9.30pg mesti dh sampai Disney.
Day 3 – 8th June 2008
Hari ini kami Berjaya bangunawal coz mlm td cukup tdo, sib baik tak g Eiffel tower kalau tak sure balik lewat dan sure lewat bgn pagi coz dh letih. Hari ini hari ke-2 masuk ke Disneyland Paris, smlm dah cover Disney Studio so sehari suntuk ni kami akan cover Disney Park pulak. Nak merayau dlm tu mmg kena bawa peta yg disediakan,kena abaca, kalau tak boleh sesat dibuatnye. Dlm Disney park ni consist of 5 land.
1) Frontier Land
2) Adventure Land
3) Fantasy Land
4) Discovery Land
5) Disney Land
Utk 5 land ni, cover utk lebih kurang kalau tak silap 47 jenis permainan/aktiviti yg disediakan utk kite explore. Banyak tu, kalau ikutkan betul2 tak cukup masa nak cover dlm masa sehari. 2 hari barulah ok dapat cover semuanya. Tapi oklah kami dapat cover separuh 27 park kami g. Yang paling Thrill naik roller coaster ala2 koboi dlm kawasan lombong arang batu trademark bile naik coaster ni ialah… Yeeeehaaaa!!! (ala-ala koboi gitu).
Tapi yang ada sikit thrill lah tapi tak berapa nak rasa thrill sebab kejap sesangat roller coaster yg pusing 360darjah, Indiana Jones Mines. Kalau 5 kali pusing oklah, ni sekali jek, so tak thrill sgtlah.Tapi tempat yg paling happening sekali kami masuk ialah ‘It’s a Small World’. Baby Farah masuk citu senyum sampai ke telinga sebab suka sgt, mmg rasa ceria bile berada dlm dunia tu, tgk patung2 yg bergerak ikut alunan muzik yg ceria utk setiap ibu kota didunia. Kira bile dah masuk dalam tu habis dah mengelilingi dunia dlm masa 15min. Rasa cam nak masuk lg sekali jek, tapi bila pikir2 balik byk lagi benda lain yg kami tak explore, so niat suci tu dibatalkan je. Last sekali aktiviti petang tu dr Disney Park utk penutup, semua karakter2 Disney ber ‘parade’ keluar dr Castle menuju ke center stage ditengah2 Disney Park. Meriah betul dengan lagu, pastu ada kuar ala2 bintang jatuh dr langit kena kat kami, semua tu keluar dr bumbung2 tinggi bangunan yg ada dlm park tu, kira cover satu park, tu yg rasa cam happening gilest tu. Memang tak sia2 lah menghabiskan masa kat Disneyland PARIS selama 2hr. Kota PARIS tu Eiffel tower je yg penting (kami dah g dah 1st day), tempat2 bersejarah lain tu utk cukupkan yg sunat aje. Tapi kami g jugak Arc D Triump (ditengah2 roundabout paling sibuk dan paling bahaya didunia, so no wonderlah filem TAXI yg dr Perancis tu driver dia hebat, memang semua driver2 kat PARIS hebat2 belaka, cilok sana- cilok sini and speed selaju2nya).Kami keluar Disney sampai Disney tu dah tutup jam 9mlm baru kuar barulah terhegeh2 kelam kabut nak beli sourviniour utk diri sendiwi.
Balik jer terus zasssss… ke Eiffel Tower nak tgk lampu lip lap lip lap . Peh………memang cantik gilest, org ramai mmg tunggu lampu tu pasang. Mcm romantic jer kalu tgh bulan madu. Dengor citer pasang 10min per jam. Sib baik, rezeki murah sesampai jer tadi terus lampu pasang .. Amik gambo guna kamera sendiwi x cantik ..mintak tlg abg Mail amikkan, kamera SLR 40D. Lepak lamalah gak kat situ. 1.5 kut.. pastu terus belesup… balik ker caravan. Esok nak pulang dah.. takut tak bangun…… zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Day 4 – 9th June 2008
Today , last day in Paris. Kena kuar dr caravan jam 10pg (local time). Bangun lambat gak coz semalam habih-habisan kat Disneyland. Jam 9pg bangun, menjerit gerak semua yg masih idup.. kemas barang, cek keadaan keter, ready breakfast n prepare lunch utk tongah jalan nanti. Pas peluk cium semua ngan budak kunci , terus bergegas ker City Paris , pusing 2,3 round …hentiannya tetap di Eiffel Tower. Beli souvenir mcm poskad, portrait, fridge magnet . Pastu apa laie… posing sakan lah kat sekitarannya… cuba tgk slide k. Lebih kurang 2 jam kat situ, dah nak gerak ke Calais port. Feri jam 530 ptg. Jam 1230 tgh , 2 buah Honda Shuttle menjurus ker Calais. Dipendekkan citer, kat Calais… imegresen France cek passport plak… masih check in x der.. pastu sampai kat Imigresen UK kena beratur sbbnya isi borang. Jumpa ngan pegawai yg jaga, interbiuw mak mertua ku ……tnyer berapa lama kat sini. Nah ko…aku kasi tiket flight…terus lepas.. Lagi aku pendekkan citer, sampai Dover…sempat plak p Dover Castle ,amik gambo sekitarnya…nak masuk dah tutup gate n mahal plak tu..jadi tak yah…. Sampai last sekali kat 75a Brideoak Street. Rumah aku lah jam 1230 mlm….
Ok lah serba sedikit syer panglaman pasia ker PARIS…
Thanks, coz sudi membaca. Nanti2 kiter sambung lagi.
1 comment:
be... u cedok dr blog kiter ke trip to paris tu. Anyway nice entry.. meriah you!
Post a Comment